Edisi Salam Pengenalan

Alhamdulillah, ini yang saya sangat-sangat nantikan!!!

Saya telah lama berazam untuk menghasilkan laman web saya sendiri sebagai usaha mencapai kejayaan dalam perniagaan Shaklee. Terdapat beberapa faktor menghalang saya untuk menghasilkan laman web lebih awal namun dalam apa jua kamus kejayaan, tidak ada alasan boleh dijadikan batu penghalang. Saya terus bertekad untuk mencari masa dan ilmu demi membina kedai yang saya impikan selama ini.

Ye, saya seorang beginner!

Banyak lagi yang perlu saya terokai untuk menjadikan kedai saya kedai kegemaran anda. Saya berterima kasih kepada pelbagai pihak yang sudi meluangkan masa untuk membantu saya selama ini. Ucapan kesyukuran yang teramat agung semestinyalah kepada tuhan yang Satu, kerana dengan keizinan Allah SWT jua yang maka kedai impian saya terhasil. Seterusnya ucapan penghargaan buat insan-insan kesayangan, Suami tercinta, anak-anak tersayang, doa dan restu ibu bapa saya, adik beradik yang sangat memahami, keluarga besar Shaklee, terutamanya pembimbing kesayangan, PM Cery dan mama Shaklee saya Syuhada Wahi, seterusnya kepada rakan dan taulan yang banyak menyokong (termasuk yang nehi-menyokong juga! doa saya agar mereka itu bahagia….) dan tidak ketinggalan dan paling penting bagi saya – para pelanggan saya yang semuanya comel-comel dan hebat-hebat. Alhamdulillah, syukur kerana perjalanan indah ini diberi Allah khusus untuk saya. Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga.

Harapan di masa hadapan…

Terlalu banyak rintangan yang saya perlu atau bakal jangka berlaku dalam perjalanan indah ini. Namun atas semangat dan iltizam yang tinggi dibantu dengan sokongan dari setiap mereka yang penting dalam hidup saya selain keredhaan Illahi, saya pasti dapat mendepaninya, In Shaa Allah.

Saya akhiri post pengenalan saya dengan sedikit kata-kata motivasi buat anda semua, khusus buat pelanggan-pelanggan tersayang:

How you see your future is much more important than what has happened in your past.

 

Semoga kejayaan di dunia dan juga di akhirat menjadi milik kita semua. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>