Kenapa “saya suka sihat”?

Okay, hari ini nak sembang pasal tajuk di atas. kenapa “saya suka sihat”?

KENAPA?

Kerana jujurnya tiada siapa suka sakit kan?

Namun bukan bermakna sakit sesuatu yang teruk dalam dunia. TIDAK!

Sakit ada hikmahnya yang tersendiri. Nanti saya akan kongsikan hikmahnya sakit.

Okay berbalik kepada “saya suka sihat”. why??

Ayat ini simple, straight forward, ayat yang positif, bunyinya menggembirakan, kata-kata yang baik adalah doa. Tapi yang lebih penting ayat ini melambangkan apa yang saya mahukan hasil dari perkongsian saya dengan pembaca/pelanggan. Secara tak langsung, anda yang baca, anda juga turut mendoakan untuk diri anda juga, kan???

“Saya Suka Sihat”. Saya sememangnya suka sihat, kerana dengan sihat saya boleh melakukan rutin seharian dengan baik, menguruskan keluarga, menguruskan kerjaya, menguruskan kehidupan, kewangan, dan pelbagai lagi urusan dunia. Selain itu, dengan kesihatan yang baik juga adalah peluang yang baik untuk kita beribadah seolah-olah kita akan pergi dari dunia fana ini dalam masa singkat. Pernah dengar ungkapan popular ini, “Bekerjalah seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan beribadahlah seakan-akan kamu akan mati besok” ??

Selain itu, kita perlu jaga kesihatan kita, kerana ramai orang disekeliling kita yang memerlukan kita terutamanya anak-anak kita, dan tak lupa ibu bapa kita yang telah mengasuh dan mendidik kita sedari kecil…

Kesihatan yang baik, juga bermaksud kita menjalankan amanah kita dengan baik. Kesihatan juga merupakan sebahagian dari nikmat-nikmat Allah yang tidak terhitung oleh kita. Jadi, masukkan nikmat kesihatan baik ini dalam salah satu nikmat untuk disyukuri dalam jurnal kesyukuran anda. Apa itu jurnal kesyukuran??? Nantikan posting2 saya akan datang.

“saya suka sihat” juga ada makna dan signifikan tersendiri dalam hidup saya. terutamanya pada huruf “s” yang saya sengaja tekankan sehingga tiga (3) kali sebutannya. Ada cerita istimewa dalam hidup saya bila kaitkan dengan huruf S nie, tapi terlalu personal pulak untuk dikongsikan buat anda, cukuplah kalau saya katakan, huruf S mungkin huruf bertuah saya dalam hidup. Alhamdulillah, semua rencana kehidupan kita sudah pun termaktub dalam Luh Mahfuz, iaitu kitab yang Allah tulis di dalamnya qadha qadar semua makhluk sebelum Allah jadikan mereka.

Okay, begitulah secara ringkas keterangan nama blog saya ini. Terima kasih kerana sudi membaca…

 

Follow saya juga di facebook dan instagram

Untuk sebarang pembelian atau konsultasi produk, hubungi saya

SID 908056  I  012-3169362

Effective Supervisor Januari 2015

One thought on “Kenapa “saya suka sihat”?

  1. You need targeted traffic to your Kenapa “saya suka sihat”? | Saya Suka Sihat website so why not get some for free? There is a VERY POWERFUL and POPULAR company out there who now lets you try their website traffic service for 7 days free of charge. I am so glad they opened their traffic system back up to the public! Sign up before it is too late: http://marshmallow-digital.com/cz/bfsu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>